Ducati Panigale V2 Superquadro Final Edition 2025 diperkenalkan, edisi terhad 555 unit

Ducati baru-baru ini secara rasmi telah memperkenalkan model terbaharu Ducati Panigale V2 Superquadro Final Edition 2025. Model berkenaan diperkenalkan sebagai penghormatan untuk enjin Superquadro twin-cylinder, dan hanya ditawarkan dalam jumlah terhad 555 unit sahaja.

Ducati Panigale V2 Superquadro Final Edition 2025 dilengkapi enjin 955cc (Superquadro: L-twin cylinder, 4 valve per cylinder, Desmodromic, liquid cooled), dengan kuasa maksimum 155hp dan tork 104Nm. Model sporty ini bakal berada di pasaran mulai bulan Oktober 2024 akan datang.