Ducati DesertX Discovery 2025 diperkenalkan di pasaran Eropah

Pada bulan Jun 2024 yang lepas, Ducati dengan rasminya memperkenalkan model adventure terbaharu Ducati DesertX Discovery 2025. Ianya tampil dengan satu skim warna yang menyerlah iaitu Thrilling Black / Ducati Red, dan ditawarkan di pasaran Eropah mulai bulan Julai 2024.

Ducati DesertX Discovery 2025 dikuasakan enjin berkapasiti 937cc (Ducati Testastretta 11°, L-Twin cylinders, Desmodromic valvetrain, 4 valves per cylinder, liquid cooled) dengan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimumnya 110hp @ 9,250rpm dengan tork 92Nm @ 6,500rpm.