Pada pertengahan bulan Mei yang lepas, Ducati secara rasmi memperkenalkan sebuah model istimewa dalam edisi terhad, iaitu Ducati Monster Senna 2024.
Model naked tersebut dikeluarkan sebagai penghormatan kepada mendiang Ayrton Senna, yang sebelum ini pernah mempunyai hubungan baik dengan Ducati.
Hanya 341 unit sahaja ditawarkan. Angka 3 merujuk kepada jumlah kejuaraan dunia daripada Senna di dalam Formula 1, dan 41 merujuk kepada jumlah podium.
Skim warnanya pula merujuk kepada warna helmet yang digunakan oleh mendiang sewaktu berlumba, dan ianya inspirasi daripada warna bendera Brazil.
Menurut Ducati, Senna sebelum ini merupakan salah seorang pemilik pertama model Monster 900, dan juga seorang peminat Ducati dengan gelaran Ducatista.
Aspek spesifikasi, Ducati Monster Senna 2024 dilengkapi enjin 937cc Testastretta 11°, dengan keluaran maksimum 111hp @ 9,250rpm dan tork 93Nm @ 6,500rpm.