Kawasaki Ninja e-1 2024 merupakan sebuah motosikal elektrik sepenuhnya, kini ditawarkan di pasaran Thailand dengan harga THB 276,000 (RM 35,405.68).
Digerakkan oleh motor elektrik, kuasanya datang daripada dua pek bateri Lithium-ion 50.4 V 30 Ah. Tempoh mengecas bateri mengambil masa 3.7 jam (0 – 100).
Beberapa tahap kelajuannya ialah 64 km/j (ECO Mode), 75 km/j (ECO Mode + e-boost), 88 km/j (Road Mode), dan 99* km/j *speed limited (Road Mode + e-boost).
Jarak perjalanannya pula mencapai 72 km (WMTC Class 1). Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum pasti sama ada model elektrik ini akan turut dilancarkan.