AW Motor merupakan jenama pengeluar motosikal yang berasal dari China, dan syarikat itu sebelum ini turut muncul di pameran Malaysia Autoshow 2024.
Di pameran tersebut, AW Motor telah mempamerkan dua buah model menarik di dalam segmen sport bike dan naked, iaitu AW Saber 500 dan AW Saber 525N.
Bagi model AW Saber 500, ianya dilengkapi enjin dua silinder 471cc (DOHC, 8-valve, liquid cooled) dengan kuasa maksimum 47hp dan tork maksimum 41Nm.
Enjin itu dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Spesifikasi lain seperti tangki bahan api 16 liter, tinggi tempat duduk 800 mm, dan berat kasar 178 kg.
Bagi model AW Saber 525N, enjin dua silindernya bersesaran 497cc (DOHC, 8-valve, liquid-cooled) dengan kuasa maksimum 55hp dan tork puncak 50.5Nm.
Spesifikasi lain yang melengkapi model itu termasuklah sistem transmisi enam kelajuan, tangki petrol 16 liter, tinggi pelana 785 mm, dan berat kasarnya 178 kg.
Kedua-dua model itu juga dilengkapi sistem ABS Dual Channel. Setakat ini belum ada maklumat bilakah AW Motor akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia.
Sumber : Pandulaju
Galeri : AW Saber 500
Galeri : AW Saber 525N