Yamaha NMAX Turbo 2024 dilancarkan di pasaran Indonesia

Di pasaran Malaysia, model skuter popular Yamaha NMAX 2023 telah diperkenalkan pada bulan Mac tahun lepas. Terkini, generasi baharu model itu telah diperkenalkan buat pertama kalinya, namun bukan untuk pasaran Malaysia, sebaliknya di pasaran Indonesia. Hadir dengan nama Yamaha NMAX Turbo 2024, ianya tampil dengan lima pilihan versi, seperti senarai di bawah :

  • 2024 Yamaha NMAX (Turbo Tech MAX Ultimate)
  • 2024 Yamaha NMAX (Turbo Tech MAX)
  • 2024 Yamaha NMAX (Turbo)
  • 2024 Yamaha NMAX (Neo S Version)
  • 2024 Yamaha NMAX (Neo Version)

Untuk pasaran Indonesia, harga jualannya ditawarkan bermula dari Rp. 32,700,000, bersamaan RM 9,408.95 mengikut kadar semasa. Pada bahagian enjin, ianya masih bersesaran 155cc (Blue Core, VVA, 4 Valve, SOHC), dengan kuasa maksimum 15.15hp (13kW) dan tork maksimum 14.2Nm. Enjin itu kemudiannya dipadankan dengan sistem transmisi automatik.

Untuk makluman, enjin Yamaha NMAX 2024 bagi versi Turbo kini dilengkapi teknologi YECVT, untuk pecutan segera yang lebih pantas. Bagaimanapun bagi versi Neo, ianya tidak dilengkapi teknologi canggih itu. Untuk pasaran Malaysia, dijangkakan Yamaha NMAX Turbo 2024 ini akan dilancarkan pada tahun depan. Apakah pendapat anda mengenai model NMAX terbaharu ini?

Galeri : Yamaha NMAX Turbo 2024

Versi : Yamaha NMAX (Turbo Tech MAX Ultimate) 2024

 

Versi : Yamaha NMAX (Turbo Tech MAX) 2024

Versi : Yamaha NMAX (Turbo) 2024

Versi : Yamaha NMAX (Neo S Version) 2024

Versi : Yamaha NMAX (Neo Version) 2024