Pada tahun 2022 yang lalu, Moto Morini telah melancarkan model adventure X-Cape 650 untuk pasaran Malaysia. Kini sebuah lagi model terbaharu telah dilancarkan baru-baru ini, iaitu Moto Morini Seiemmezzo 650 SCR 2024. Harga asasnya ditawarkan sebanyak RM 33,888.00, dan boleh didapati dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Night Black, Blue Storm dan Navy Green.
Model scrambler tersebut dilengkapi enjin bersesaran 649cc (2-Inline cylinders, 4-stroke, liquid-cooled, DOHC), dengan janaan 61hp @ 8,250rpm dan tork 54Nm @ 7,000rpm. Kapasiti tangki bahan api 16 liter, tinggi tempat duduk 810 mm, dan berat keringnya 200 kg. Spesifikasi menarik lain termasuklah sistem brek ABS Dual Channel dan panel meter TFT 5.0 inci dengan Bluetooth.