Keeway Sixties 250 2024 dilancarkan di Malaysia – RM 13,888.00

Keeway Malaysia baru-baru ini dengan rasminya melancarkan sebuah model skuter terbaharu untuk pasaran tempatan, dikenali dengan nama Keeway Sixties 250 2024. Tampil dengan gaya retro yang menawan, ianya didatangkan dengan tiga pilihan warna iaitu Light Blue, Matte Black dan Matte Green. Harga jualan asasnya pula ditawarkan sebanyak RM 13,888.00 sahaja.

Keeway Sixties 250 dilengkapi enjin 244.3cc (1-cylinder, 4-stroke, 4-valve, SOHC, liquid-cooled) dengan transmisi automatik CVT. Enjin itu menghasilkan kuasa maksimum 20.9hp @ 8,000rpm dengan tork maksimum 21Nm @ 6,250rpm. Model skuter dengan berat kering hanya 146 kg itu kemudiannya didatangkan tangki bahan api berkapasiti 10 liter, untuk perjalanan lebih jauh.

Spesifikasi lengkap lain termasuklah fork depan teleskopik, suspensi belakang berkembar, brek cakera depan dan belakang dengan ABS, rim roda aloi aluminium dengan sepasang tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-12, tinggi tempat duduk 780 mm, sistem lampu LED, panel meter analog-digital, dan ruang di bawah tempat duduk untuk muatan helmet dan barangan lain.