Yamaha XSR900 GP 2024 kini rasmi dilancarkan di pasaran Jepun

Pasaran Jepun kini secara rasminya menerima pelancaran model Sport Heritage terbaharu iaitu Yamaha XSR900 GP 2024. Model berkenaan tampil dengan dua pilihan warna iaitu White dan Gray, dan akan ditawarkan di pasaran negara itu pada tarikh 20 Mei 2024. Harga jualannya pula adalah sebanyak 1,430,000 Yen, bersamaan RM 43,927.91 (kadar semasa). Yamaha XSR900 GP 2024 dikuasakan enjin 888cc, dengan kuasa maksimum 120PS dan tork maksimum 93Nm.