Triumph Speed 400 2024 dan Triumph Scrambler 400 X 2024 rasmi dilancarkan, dari RM 26,900.00

Triumph Motorcycles Malaysia pada beberapa hari yang lepas dengan rasminya melancarkan dua buah model baharu untuk pasaran tempatan, iaitu Triumph Speed 400 2024 dan Triumph Scrambler 400 X 2024. Kedua-duanya ditawarkan dengan harga asas masing-masing sebanyak RM 26,900.00 dan RM 29,900.00. Speed 400 dan Scrambler 400 X berkongsi enjin satu silinder bersesaran 398.15cc yang sama, dengan kuasa maksimum 39.5bhp dan tork puncak 37.5Nm.

Galeri : Triumph Speed 400 2024

Galeri : Triumph Scrambler 400 X 2024