CFMOTO CX-2E 2024 diperkenalkan khusus untuk kanak-kanak

CFMOTO CX-2E 2024 merupakan sebuah dirt bike elektrik terbaharu yang diperkenalkan untuk pasaran global, khusus untuk kanak-kanak berusia antara 4 sehingga 7 tahun. Ianya dilengkapi bateri lithium-ion 48V 24Ah yang kompak, dengan kuasa maksimum 1,200W dan tork maksimum 6.4Nm. Jarak perjalanan CX-2E mencapai 60 km, dan kelajuan maksimumnya 39 km/j dengan tiga tahap pecutan. Tinggi tempat duduk hanya 550 mm, sementara berat penuh 49 kg sahaja.