Model adventure terbaharu Benelli TRK 552X 2024 kini ditawarkan di pasaran China. Ianya dilengkapi enjin 550cc (inline twin-cylinder) dengan kuasa maksimum 60.32hp (45kW) @ 8,500rpm dan tork maksimum 55Nm @ 6,000rpm. Harganya ditawarkan sebanyak CNY 36,680 (RM 24,185.50), dan didatangkan lengkap dengan tiga kotak barangan. Turut ditawarkan ialah versi jalanan iaitu Benelli TRK 552 2024, dengan harga CNY 32,680, bersamaan RM 21,547.75.