Untuk pasaran Eropah, Yamaha YZF-R3 2024 telah menerima kemaskini dua wana baharu iaitu Icon Blue dan Yamaha Black. Model sport bike tersebut seterusnya dikuasakan enjin bersesaran 321cc (2-cylinder, liquid-cooled, DOHC, 4-valves) dengan padanan transmisi enam kelajuan. Kuasa maksimumnya mencapai angka 42PS @ 10,750rpm dengan tork 29.5Nm @ 9,000rpm.
Antara spesifikasi menarik yang melengkapi Yamaha YZF-R3 2024 ini adalah seperti fork depan jenis terbalik, suspensi belakang monoshock, sistem brek cakera dengan ABS, panel meter digital LCD, sistem lampu LED, dan tangki bahan api 14 liter. Tayar depan dan belakang bersaiz 110/70-R17 dan 140/70-R17, ketinggian tempat duduk 780 mm, dan berat 169 kg (wet weight).