Suzuki Burgman Street EX dan GL 2024 dilancarkan di Thailand

Sempena dengan berlangsungnya Bangkok International Motor Show 2024 (27 Mac – 7 April), Suzuki Thailand secara rasmi melancarkan dua buah model skuter baharu iaitu Suzuki Burgman Street EX 2024 dan Suzuki Burgman Street GL 2024. Perbezaan di antara kedua-dua model itu adalah minima, melibatkan skrin penghadang angin dan juga konsol tengah di lantai kaki.

Suzuki Burgman Street EX dan GL 2024 tampil dengan enjin yang sama bersesaran 124cc (air-cooled, SOHC, 2-valve), dengan transmisi CVT. Berdasarkan maklumat terdahulu, jumlah kuasa mencapai 8.7PS @ 6,750rpm dengan tork 10Nm @ 5,500rpm. Harga jualan ialah sebanyak THB 69,900.00 (RM 9,048.18) untuk varian EX, dan THB 74,900.00 (RM 9,694.88) untuk varian GL.