Model sport bike Yamaha YZF-R125 2024 di pasaran Eropah kini telah menerima kemaskini dua warna baharu, iaitu Icon Blue dan Midnight Black. Di bahagian teknikal, di dapati tiada sebarang naik taraf terbaharu, dan enjinnya kekal bersesaran 125cc (liquid-cooled, SOHC, 4-valves).
Enjin itu menghasilkan sehingga 15PS @ 10,000rpm dengan tork 11.5Nm @ 8,000rpm. Yamaha YZF-R125 2024 seterusnya dilengkapi ABS Dual Channel, Traction Control, skrin TFT 5.0 inci dengan ciri sambungan ke telefon, sistem lampu LED, dan sistem suspensi berprestasi tinggi.