BMW Motorrad Malaysia baru-baru ini rasmi melancarkan model terbaharu BMW R 18 Roctane 2024. Setakat ini anggaran harganya ialah sebanyak RM 160,000.00. Dikuasakan enjin Boxer 1,802cc, kuasa maksimumnya mencapai 91hp @ 4,750rpm dengan tork 158Nm @ 3,000rpm.
Model tersebut seterusnya dilengkapi tangki bahan api 16 liter. Tinggi tempat duduk berada pada paras 720 mm. Roda depan dan belakang bersaiz 21 inci dan 18 inci. Dua pilihan warnanya ialah Mineral Grey Metallic Matt dan Manhattan Metallic Matt. Berat pula berada pada 374 kg.