Yamaha MT-09 2024 kini diperkenalkan di pasaran Jepun, dengan tiga pilihan warna iaitu Dark Gray, Blue dan Matte Dark Gray. Harganya sebanyak 1,254,000 Yen, bersamaan RM 39,688.57. Enjinnya berkapasiti 888cc (4-stroke, liquid-cooled, DOHC, 4-valves, in-line three-cylinder).
Keluaran maksimumnya 120PS @ 10,000rpm dengan tork 93Nm @ 7,000rpm. Selain berwajah baharu, Yamaha MT-09 2024 kini dilengkapi YRC (Yamaha Ride Control), cruise control, dan panel TFT 5.0 inci berwarna dengan fungsi sambungan (connectivity) dan paparan navigasi.