KTM baru-baru ini rasmi memperkenalkan KTM RC 8C 2024, sebuah jentera litar sebenar yang dikeluarkan dalam jumlah eksklusif hanya 100 unit. Menurut KTM, ianya dibina dengan tangan sepenuhnya (hand-built), dan boleh ditempah secara online di KTM.com pada 20 Mac 2024.
Badannya daripada Carbon Kevlar yang ringan dan kuat, inspirasi daripada jentera KTM RC16. Enjinnya 889cc (LC8c DOHC 8-valve parallel twin) dengan prestasi 135PS, dan dipasang pada rangka tiub keluli 25CrMo4 binaan khas. Sistem suspensi menggunakan komponen WP PRO.
Di bahagian depan, KTM RC 8C 2024 dilengkapi WP APEX PRO 7543 closed cartridge fork 43 mm, bersama-sama sistem kawalan damping. Di bahagian belakang ialah WP APEX PRO 7746 dengan remote preload adjuster, untuk menala dengan mudah dan pengendalian yang tepat.
Sistem brek daripada Brembo, dengan spesifikasi perlumbaan. Untuk pemerolehan dan analisis data yang komprehensif, KTM RC 8C 2024 menyepadukan papan pemuka AIM MXS 1.2 RACE dan data logger, dengan fungsi GPS terbina dalam. Ianya dipaparkan pada panel TFT 5.0 inci.
Seterusnya dengan ciri-ciri seperti tangki bahan api dan panel badan yang mudah ditanggalkan, rim Dymag yang ringan, tayar perlumbaan Pirelli, kotak udara dan penapis udara perlumbaan khas, ekzos perlumbaan Akrapovič, berat KTM RC 8C 2024 ini hanyalah 142 kg (dry weight).