Khusus untuk peminat sport bike, model terbaharu Aprilia RS 457 2024 kini disahkan bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Model itu sebelum ini diperkenalkan di pasaran Eropah, serta turut dilancarkan di pasaran India dalam bulan Disember 2023 yang lepas.
Aprilia RS 457 dilengkapi enjin 457cc (2 parallel forward facing cylinders, 4 valves per cylinder, liquid-cooled with Ride-By-Wire) yang menghasilkan 47.6hp @ 9,400rpm dengan tork 43.5Nm @ 6,700rpm. Enjin itu kemudiannya dipadankan transmisi enam kelajuan dengan slipper clutch.
Spesifikasi menarik lain termasuklah kerangka aluminium, fork depan jenis terbalik dan suspensi belakang monoshock dengan pelarasan prabeban, cakera brek depan 320 mm dengan kaliper radial-mount 4-piston ByBre, cakera brek belakang 220 mm ByBre, dan ABS Dual Channel.
Aprilia RS 457 juga dilengkapi tiga mod tunggangan, traction control, panel meter TFT 5.0 inci berwarna, sistem lampu LED, tangki petrol 13 liter, tayar bersaiz 110/70-17 dan 150/60-17, tinggi tempat duduk 800 mm, dan berat 175 kg (wet weight). Quickshifter tersedia sebagai aksesori.
Setakat ini menurut sumber daripada rakan media Mekanika, Aprilia RS 457 2024 ini dikatakan bakal dilancarkan secara rasmi pada separuh kedua tahun ini. Harga jualannya pula berpatutan, iaitu sekitar RM 3X,XXX sahaja. Apa pun, sama-samalah kita tunggu pelancarannya nanti.