QJ Motor LTR 150 2024 kini mula ditawarkan di pasaran Malaysia

Sebelum ini, QJ Motor Malaysia dijangka akan melancarkan model skuter baharu QJ Motor LTR 125 2024, untuk pasaran tempatan. Namun sebenarnya model yang akan dilancarkan itu ialah QJ Motor LTR 150 2024. Setakat ini beberapa wakil pengedar rasmi, termasuklah Sendayan Motor, telah pun mempromosikan model skuter tersebut di laman sosial masing-masing.

Malah harga jualan asas untuk QJ Motor LTR 150 2024 itu juga telah didedahkan, iaitu sebanyak RM 8,888.00 sahaja, yang dirasakan berpatutan. Model skuter tersebut seterusnya didatangkan dengan empat pilihan warna menarik. Bagaimanapun untuk maklumat yang lebih lengkap, kita semua perlu menunggu ianya dilancarkan secara rasmi oleh MForce Bike tidak lama lagi.