Model skuter adventure Honda ADV350 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia tidak lama lagi. Namun di pasaran China, kini telah muncul penampakan model tersebut dalam versi klon. Apa yang menariknya ialah reka bentuknya hampir sama dengan model asli. Berdasarkan maklumat yang telah dialih bahasa, setakat ini ianya dikenali dengan nama Balsa QM400T-B.
Balsa QM400T-B dilengkapi enjin bersesaran 399cc, dengan kuasa maksimum 30.3hp. Kelajuan maksimumnya pula mencapai 130 km/j. Tayarnya mempunyai saiz sama seperti Honda ADV350, iaitu 120/70-15 (depan) dan 140/70-14 (belakang). Jika spesifikasi dan ciri-ciri lainnya hampir menyamai model Honda ADV350, mungkin ramai yang akan berminat untuk memilikinya.
Sumber : zc.cn-truck.com