MBP T1002VX 2024 diperkenalkan dengan keupayaan off-road

MBP T1002VX 2024 merupakan sebuah model adventure terbaharu, yang diperkenalkan pada penghujung tahun yang lepas. Ianya menawarkan keselesaan untuk tunggangan jarak jauh, dan juga mempunyai keupayaan untuk meredah laluan off-road. Enjinnya 997cc (V-twin, 4-stroke, 8-valve) dengan kuasa maksimum 88.5hp @ 7,750rpm dan tork puncak 95Nm @ 5,000rpm.

Model seberat 235 kg (dry weight) itu dibekalkan tangki petrol 22 liter, fork depan USD, suspensi belakang Pro-link, sistem brek ABS Dual Channel, tayar depan dan belakang bersaiz 120/70-19 dan 170/60-17, tinggi tempat duduk 820 mm, sistem lampu LED, dan panel meter TFT 7.0 inci. Adakah MBP T1002VX 2024 ini akan dilancarkan di Malaysia? Sama-samalah kita tunggu.