Galeri : Yamaha Y16ZR ABS 2024

Model moped Yamaha Y16ZR ABS 2024 kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia, dengan tiga pilihan warna baharu Violet Knight, Ocean Neon dan Mag Grey. Lebih menarik, model tersebut kini didatangkan dengan visor dan fairing depan rekaan baharu, termasuklah sistem brek ABS Single Channel baharu di bahagian depan, bersama-sama piring cakera yang lebih besar.

Selain itu, Yamaha Y16ZR ABS 2024 masih mengekalkan enjin terdahulu iaitu 155cc (4-valve, SOHC, liquid-cooled) dengan teknologi VVA, transmisi 6-kelajuan dan Assist & Slipper Clutch. Kuasa maksimumnya 17.7hp dengan tork 14.4Nm. Ciri-ciri menarik lainnya seperti sistem kunci pintar, panel meter digital, lampu depan dan belakang LED, dan tangki bahan api 5.4 liter.

Galeri : Yamaha Y16ZR ABS 2024