Di pasaran Greece, model skuter QJ Motor CTR 125 ditawarkan dengan harga Euro 2,495.00, bersamaan nilai RM 12,791.81 mengikut kadar semasa. Tiga pilihan warnanya ialah Grey, Blue dan Black. Di bahagian enjin, ianya bersesaran 125cc (four-stroke, liquid-cooled, EFI Bosch) dengan kuasa maksimum 15PS @ 8,750rpm dan tork maksimum 12Nm @ 8,250rpm.
Tangki bahan apinya berkapasiti 6.4 liter. Spesifikasi lain seperti fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar, sistem brek cakera dengan ABS Dual Channel, tayar depan dan belakang bersaiz 100/80-14 dan 120/70-14, tinggi tempat duduk 770 mm, sistem lampu LED sepenuhnya, panel meter digital LCD, dan juga sistem kunci dengan ciri anti-kecurian.