Adakah QJ Motor ATR150 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mei 2024?

Adakah QJ Motor ATR150 bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada bulan Mei 2024 akan datang? Menurut rakan media Mekanika.com.my, model skuter terbaharu itu akan dilancarkan di Malaysia Autoshow 2024 (22 – 26 Mei 2024), bertempat di MAEPS, Serdang, Selangor. Jika maklumat itu benar, bermakna pasaran model skuter di negara kita akan bertambah meriah.

Baru-baru ini, MForce Bike telah melancarkan model skuter terbaharu WMoto RT1 dengan enjin 150cc. Pada masa yang sama Aveta turut menawarkan model Aveta VADV150 Hybrid sejak bulan Mac 2023 yang lepas. Nampaknya semakin banyak pilihan model-model skuter terbaharu, di samping model-model popular seperti Yamaha NVX, Honda ADV160 dan Honda Vario 160.