Italjet Dragster 300 2024 tiba di pasaran Eropah, harga €6,999.00

Selain daripada model Italjet Dragster 559 Twin 2024, sebuah lagi model baharu yang dipamerkan oleh Italjet sewaktu pameran di EICMA 2023 yang lepas ialah Italjet Dragster 300 2024. Ketika itu ianya dikatakan bakal berada di pasaran Eropah mulai bulan Januari 2024.

Italjet Dragster 300 2024 diperkenalkan dengan tiga pilihan warna menarik. Harga jualannya di pasaran Eropah ditawarkan sebanyak €6,999.00, bersamaan nilai RM 35,664.58. Model tersebut kini rasmi menyertai dua model sedia ada iaitu Italjet Dragster 125 dan Italjet Dragster 200.

Penampilan Dragster 300 hampir sama dengan Dragster 125 dan Dragster 200. Namun di bahagian enjin, ianya bersesaran 278cc (liquid-cooled, 4-stroke, single-cylinder engine with twin camshaft distribution, 4 valves, electronic fuel injection). Sistem transmisi kekal dengan CVT.

Kuasa maksimumnya 23.8hp @ 8,250rpm dengan tork maksimum 26Nm @ 6,250rpm. Menurut Italjet, Dragster 300 mempunyai daya tarikan baharu melalui pengenalan panel meter TFT. Ciri-ciri menarik lain seperti sistem brek dengan kaliper brek Brembo, serta lengkap dengan ABS.

Italjet Dragster 300 2024 berdiri di atas tayar depan dan belakang dengan saiz masing-masing 12 inci dan 13 inci. Melengkapkan lagi spesifikasi model skuter bergaya unik itu termasuklah tangki bahan api 11 liter, ketinggian tempat duduk 770 mm, dan berat kering hanya 128 kg.