Zontes 703F 2024 diperkenalkan, model kembara dengan enjin tiga silinder sebaris

Zontes bakal melancarkan sebuah model terbaharu tidak lama lagi, yang dikenali dengan nama Zontes 703F 2024. Model di dalam segmen kembara atau adventure itu sebelum ini telah diperkenalkan dalam versi prototaip, dan dipamerkan kepada orang ramai di EICMA 2023.

Di bahagian enjin, Zontes 703F dilengkapi enjin tiga silinder sebaris yang bersesaran 699cc, dan dipadankan dengan transmisi enam kelajuan. Menurut Zontes, enjin itu mampu menghasilkan kuasa maksimum sehingga 100hp @ 9,000rpm dengan tork maksimum 85Nm @ 7,200rpm.

Tayar depan dan belakangnya masing-masing bersaiz 21 inci dan 18 inci, menandakan yang ianya bersedia untuk aksi pengembaraan pada bila-bila masa sahaja. Zontes 703F 2024 bakal dilancarkan pada tahun ini, dan pasaran China dijangka yang pertama akan menerimanya.