Kawasaki W175TR 2024 diperkenalkan di pasaran Indonesia

Pasaran Indonesia kini menerima Kawasaki W175TR 2024, yang diperkenalkan dengan warna Pearl Brillian Yellow. Harga jualan untuk model bergaya city scrambler itu ditawarkan sebanyak Rp. 34,300,000.00, bersamaan RM 10,241.35 mengikut kadar tukaran mata wang semasa.

Kawasaki W175TR 2024 dilengkapi enjin bersesaran 177cc (air-cooled, 4-stroke, SOHC, 2 valves) dengan padanan transmisi lima kelajuan. Enjin dengan sistem karburetor Mikuni VM24 itu menghasilkan prestasi maksimum 13PS @ 7,500rpm dengan tork 13.6Nm @ 6,000rpm.

Spesifikasi lain pada model itu termasuklah fork depan teleskopik 30 mm, supensi belakang jenis berkembar (adjustable spring preload), brek cakera depan 220 mm dengan kaliper dua piston, dan brek dram belakang 110 mm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti penuh 7.5 liter.

Kawasaki W175TR 2024 seterusnya dilengkapi tayar depan dan belakang dalam siri 80/100-R17 dan 100/90-R17 masing-masing. Tinggi tempat duduk 805 mm, dan berat penuh hanya 121 kg. Untuk pasaran Malaysia, model Kawasaki dalam siri retro 175 setakat ini belum dilancarkan.