Yamaha EZ115 kini dilengkapi dengan Visor Sports baharu

Memulakan tahun 2024, Hong Leong Yamaha Motor kini memperkenalkan Yamaha EZ115 yang kini dilengkapi dengan Visor Sports baharu. Ini menjadikan penampilan model kapcai tersebut kini semakin bergaya dan sporty. Spesifikasi dan ciri-ciri lain termasuk harganya kekal sama.

Yamaha EZ115 telah dilancarkan di pasaran Malaysia pada Januari 2023 yang lalu, dengan tiga pilihan warna iaitu Cyan, Merah dan Biru. Harga asasnya ditawarkan berpatutan, iaitu sebanyak RM 5,598.00 sahaja.  Tempoh jaminannya selama 2 tahun atau 20,000 km jarak perjalanan.

Enjinnya 114cc (sejukan udara, SOHC, dua injap) dengan transmisi empat kelajuan. Enjin Euro 4 itu menghasilkan 8.7PS @ 7,000rpm dengan tork 9.5Nm @ 5,500rpm. Turut melengkapi ialah sistem penghidup jenis tendang dan elektrik, dan tangki bahan api dengan kapasiti 3.9 liter.

Yamaha EZ115 seterusnya dilengkapi panel meter dengan lampu penunjuk Eco dan bateri, lampu hadapan yang terang, kunci akses mudah, fork depan teleskopik, suspensi belakang jenis berkembar, ketinggian tempat duduk 775 mm, dan tayar bersaiz 70/90-R17 dan 80/90-R17.