Honda Hornet 2.0 2023 diperkenalkan di pasaran India, harga jualan bersamaan RM 7,746.54

Pada Ogos 2023 yang lepas, Honda di pasaran India rasmi memperkenalkan Honda Hornet 2.0 2023. Model naked tersebut tampil dengan empat pilihan warna menarik iaitu Matte Sangria Red Metallic, Matte Marvel Blue Metallic, Matte Axis Grey Metallic, dan juga Pearl Igneous Black.

Berbanding model tahun sebelumnya, keempat-empat pilihan warna itu kini dipadankan dengan corak grafik baharu, menjadikan penampilan keseluruhannya kini lebih sporty dan agresif. Lebih dari itu, Honda Hornet 2.0 2023 juga kini dilengkapi dengan sistem Assist & Slipper Clutch.

Enjinnya 184.40cc (4 Stroke, SI Engine, Air Cooled) dengan kuasa maksimum 17hp @ 8,500rpm dan tork 15.9Nm @ 6,000rpm, dan dipadankan transmisi lima kelajuan. Menurut Honda, enjin itu kini telah mematuhi piawaian emisi BSVI OBD2, menjadikannya lebih cekap dan mesra alam.

Pelbagai spesifikasi menarik yang lain ialah seperti tangki bahan api 12 liter, sistem lampu LED, panel meter digital dengan pelbagai info, fork depan USD berwarna emas, suspensi belakang mono, sistem brek dengan ABS Single Channel, dan tayar bersaiz 110/70-17 dan 140/70-17.

Melengkapkan lagi spesifikasi Honda Hornet 2.0 2023 ini termasuklah suis pemati enjin, lampu kecemasan (hazard lights), dan penunjuk tongkat sisi (side stand indicator). Untuk pasaran India, harga jualannya ditawarkan sebanyak Rs. 1,39,000.00, bersamaan nilai RM 7,746.54 sahaja.

Artikel berkaitan :