Pada bulan Mac 2023 yang lepas, WMoto Malaysia dilaporkan akan melancarkan sebuah model moped serba baharu untuk pasaran Malaysia. Akhirnya kini spyshot pertama model berkenaan telah pun ditemui baru-baru ini, oleh Najwa Syafiqah dari grup FB Yamaha Ego Gear (MY).
Berdasarkan maklumat yang diberikan, nama model moped serba baharu itu ialah WMoto F155, namun tidak pasti sama ada enjinnya bersesaran 150cc atau 155cc. Dari segi reka bentuk, ianya tampil sporty dan moden, dan dirasakan mampu menambat hati peminat motosikal tempatan.
Menurut Najwa Syafiqah lagi, unit ujian tersebut ditemui di Stesen Minyak Shell Gopeng, Perak. Berdasarkan maklumat terdahulu, pelancaran model WMoto F155 2024 ini setakat ini dijangka akan berlangsung pada tahun 2024, mungkin dalam suku ketiga atau dalam suku keempat.
p/s : Terima kasih kepada Nik Zayne atas maklumat yang diberikan.
Artikel berkaitan :