Di pasaran Amerika Syarikat (USA), model cruiser Yamaha V Star 250 2024 kini diperkenalkan dengan kemaskini warna baharu. Masih mengekalkan warna Raven seperti mana model tahun 2023, namun warna itu kini dihiasi dengan jalur warna baharu yang lebih menarik dan terang.
Di bahagian teknikal, tiada sebarang perubahan, termasuklah enjinnya yang bersesaran 249cc (air-cooled, SOHC 60° V-twin, 2 valves). Enjin tersebut seterusnya dipadankan sistem transmisi lima kelajuan. Sistem penyampaian bahan api pula menggunakan karburetor Mikuni 26 mm.
Yamaha V Star 250 2024 seterusnya dilengkapi tangki bahan api 9.5 liter, fork depan teleskopik, penyerap hentak belakang berkembar, brek cakera di bahagian hadapan, brek dram di bahagian belakang, dan tinggi tempat duduk 685 mm. Harganya sebanyak $4,699.00 (RM 21,676.49).