Honda di pasaran Eropah baru-baru ini telah memperkenalkan model Honda CB650R 2024, yang kini tampil berwajah baharu dan juga tersedia dengan teknologi Honda E-Clutch.
Berbanding model sebelumnya iaitu Honda CB650R 2023, model Neo Sports Café generasi baharu itu kini hadir dengan gaya penampilan terkini yang lebih segar dan lebih moden.
Di bahagian enjin, Honda CB650R 2024 masih mengekalkan enjin yang sama bersesaran 649cc (liquid-cooled, 4-stroke, 16-valve, DOHC, inline-4 cylinder), dengan dua pilihan sistem klac.
Pilihan pertama ialah MT, sama seperti model terdahulu. Pilihan kedua ialah model tersebut kini dilengkapi teknologi Honda E-Clutch, untuk penukaran gear tanpa menggunakan klac tangan.
Jadi untuk peminat motosikal besar yang mahu menunggang dengan cara yang lebih santai dan lebih mudah, teknologi baharu seperti Honda E-Clutch itu semestinya sangat dialu-alukan.
Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut pula dikatakan masih sama seperti sebelum ini, pada angka 93.87hp @ 12,000rpm dengan tork maksimum 63Nm @ 9,500rpm.
Di samping itu, Honda CB650R 2024 juga dilengkapi paparan skrin TFT baharu bersaiz 5.0 inci berwarna sepenuhnya, lengkap dengan teknologi sambungan canggih Honda RoadSync.
Empat warnanya ialah dua warna baharu Matt Laurel Green Metallic dan Pearl Smokey Gray, dan dua warna sebelumnya Candy Chromosphere Red dan Matt Gunpowder Black Metallic.
Ketinggian tempat duduk pada paras 810 mm, tayar bersaiz 120/70-17 (depan) dan 180/55-17 (belakang), tangki bahan api 15.4 liter, dan berat penuh mencapai 205 kg (207 kg E-Clutch).
Honda CB650R 2024 generasi baharu ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia sebagai pengganti model sedia ada, namun kedatangannya tentunya bukan dalam masa terdekat.
Galeri : Honda CB650R 2024 (versi MT)
Galeri : Honda CB650R 2024 (versi E-Clutch)