Prototaip model Super Moped Yamaha F-155 bakal menjadi realiti

Menjelang tahun depan dan tahun-tahun seterusnya, pengeluaran model-model moped generasi baharu dijangkakan akan bertambah meriah, terutamanya untuk pasaran ASEAN.

Bagi Yamaha, syarikat tersebut bakal memperkenalkan sebuah model moped generasi baharu, yang akan menjadi penerus kepada model semasa Yamaha Exciter 155 VVA ABS 2024.

Berdasarkan maklumat terdahulu, model tersebut akan diasaskan daripada model prototaip Yamaha F-155, yang diperkenalkan sewaktu pelancaran Yamaha Exciter 155 VVA 2021.

Dari segi reka bentuk, Yamaha F-155 tampil lebih radikal dan ekstrem, dan teknologi yang bakal digunakannya juga akan dipertingkatkan kepada teknologi yang lebih moden dan terkini.

Kapasiti enjin berdasarkan namanya, mungkin masih lagi 155cc. Bagaimanapun tidak mustahil jika kapasiti enjinnya akan dinaik taraf kepada kapasiti yang lebih besar, contohnya 175cc.

Ini kerana persaingan dengan model-model lain dalam masa beberapa tahun lagi pasti akan bertambah sengit, dan kebanyakannya akan dilengkapi dengan enjin yang lebih berkuasa.

Setakat ini belum ada maklumat rasmi bilakah prototaip Yamaha F-155 ini akan menjadi realiti. Mungkin paling awal pada tahun 2025, atau lewat sedikit daripada tarikh berkenaan.

Apabila ianya dilancarkan nanti, Vietnam akan menjadi pasaran pertama, dan akan diikuti oleh pasaran Malaysia. Jadi bersediakah anda untuk menerima kehadiran model ini nanti?

Sumber gambar : Motosaigon.vn