Pada tarikh 02hb. November 2023 baru-baru ini, Honda Motor Europe dengan rasminya telah memperkenalkan Honda ADV350 2024 untuk pasaran Eropah.
Model skuter adventure tersebut masih mengekalkan spesifikasi yang sama seperti mana model tahun 2023, namun kali ini ianya telah menerima kemaskini warna baharu.
Empat pilihan warna baharu yang lebih menarik dan segar itu ialah Pearl Falcon Gray, Matt Coal Black Metallic, Matt Pearl Cool White, dan juga Matt Pearl Pacific Blue.
Honda ADV350 2024 dilengkapi enjin bersesaran 330cc (liquid-cooled, 4-stroke, 4 valve, SOHC, single cylinder, Euro 5 compliant) yang dipadankan transmisi automatik CVT.
Jumlah kuasa maksimum yang dihasilkan oleh enjin tersebut mencapai paras 28.83hp (21.5 kW) @ 7,500rpm, dengan tork maksimum 31.5Nm @ 5,250rpm.
Di pasaran Malaysia pada ketika ini, Honda ADV350 merupakan salah sebuah model skuter adventure terbaharu yang sangat dinanti-nantikan oleh ramai peminatnya.
Namun begitu ramai peminat setia yang berasa hampa dan kecewa, kerana sehingga kini belum ada sebarang berita rasmi mengenai pelancaran model tersebut.
Apa yang boleh diramalkan ialah Honda ADV350 ini berkemungkinan besar akan dilancarkan di pasaran Malaysia, paling awal pada tahun 2024 akan datang.
Jika ianya tidak juga dilancarkan, mungkin peminatnya boleh membuat pilihan lain, contohnya Yamaha XMAX 250 2023, Zontes 350D 2023 atau Zontes 350E 2023.