Untuk pasaran Eropah, model sports bike terbaharu Aprilia RS 457 2024 telah diperkenalkan secara rasmi pada bulan September 2023 yang lepas.
Model tersebut tampil dengan gaya rekaan sporty, dan dikuasakan enjin bersesaran 457cc (liquid-cooled, parallel twin-cylinder) dengan kuasa maksimum 47hp.
Untuk peminat motosikal ini di pasaran Malaysia, berita baiknya ialah Aprilia RS 457 2024 ini dikatakan bakal dilancarkan pada tahun depan.
Harga jualannya pula dijangkakan berpatutan. Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh kunjungi mana-mana bilik pameran Aprilia Malaysia yang berdekatan.