Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2024 tiba di pasaran Eropah

Selain model standard Honda CBR1000RR-R Fireblade 2024, pasaran Eropah baru-baru ini turut menerima ketibaan model premium Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2024.

Model tersebut tampil dengan satu pilihan warna iaitu Grand Prix Red (Tricolour). Namun sebuah lagi versi yang diperkenalkan ialah Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Carbon Edition 2024, yang tampil dengan satu skim warna unik dan tersendiri iaitu Mat Pearl Morion Black.

Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, termasuk versi Carbon Edition, dikuasakan enjin 1,000cc (liquid-cooled, 4-stroke, 16-valve, DOHC, Inline-4) dengan transmisi enam kelajuan. Enjin itu menghamburkan kuasa maksimum 214.5hp @ 14,000rpm dengan tork 113Nm @ 12,000rpm.

Dengan tangki bahan api 16.5 liter, berat penuh kedua-duanya masing-masing ialah 201 kg dan 200 kg. Untuk pasaran Malaysia, tidak pasti bilakah Honda CBR1000RR-R Fireblade SP 2024 dan Honda CBR1000RR-R Fireblade SP Carbon Edition 2024 ini akan diperkenalkan.