Honda CB1000 Hornet 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Honda baru-baru ini dengan rasminya telah memperkenalkan sebuah model naked terbaharu untuk pasaran Eropah, yang dikenali dengan nama Honda CB1000 Hornet 2024.

Model berkenaan merupakan model Hornet ketiga selepas CB500 Hornet dan CB750 Hornet. Tiga pilihan warnanya ialah Grand Prix Red, Mat Iridium Gray Metallic dan Pearl Glare White.

Honda CB1000 Hornet 2024 dikuasakan enjin 999cc (inline four-cylinder DOHC 16V), dengan kuasa maksimum melepasi angka 147.5hp (110kW) dan tork maksimum lebih 100Nm.

Setakat ini Honda belum mengumumkan tarikh jualan motosikal CB1000 Hornet ini di pasaran Eropah. Untuk pasaran Malaysia, adakah model naked sporty ini akan turut dilancarkan?