Selepas pasaran Thailand, Yamaha PG-1 2024 kini rasmi dilancarkan di pasaran Vietnam. Harga jualannya ialah sebanyak 30,437,000 VND, bersamaan hanya RM 5,844.58.
Untuk pasaran Vietnam, model kapcai bergaya adventure itu mempunyai enam pilihan warna yang menarik iaitu dengan skim warna biru, kuning, oren, coklat, hijau dan juga hitam.
Yamaha PG-1 2024 dilengkapi enjin bersesaran 113.7cc (4 stroke, 2 valve, SOHC, air cooled) dengan transmisi empat kelajuan. Keluaran kuasa maksimumnya mencapai 8.9hp @ 7,000rpm dengan tork maksimum 9.5Nm @ 5,500rpm.
Model seberat 107 kg (wet weight) itu dilengkapi tangki bahan api 5.1 liter. Untuk pasaran Vietnam, tempoh jaminannya ditawarkan selama 3 tahun atau 30,000 km jarak perjalanan.