Di pasaran Malaysia, jenama motosikal QJ Motor yang berasal dari negara China diedarkan oleh pengedar tunggal rasmi tempatan iaitu MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.
Salah sebuah model terbaharu keluaran QJ Motor yang ditawarkan pada ketika ini ialah QJ Motor SRK600RC 2023, yang mana ianya merupakan sebuah model sports bike.
Model tersebut mempunyai tanda harga sebanyak RM 39,888.00 (tidak termasuk pendaftaran, insuran dan cukai jalan). Tempoh jaminannya pula selama 2 tahun atau 20,000 km.
QJ Motor SRK600RC 2023 dikuasakan enjin empat silinder bersesaran 600cc (4-cylinder in-line, 16V DOHC, liquid-cooled), dan dipadankan dengan sistem transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menjana kuasa maksimum 80.4hp (60kW) @ 11,000rpm dengan tork maksimum 51Nm @ 10,500rpm. Kapasiti tangki bahan apinya 16.4 liter, dan berat penuh 225 kg.