Bermula tarikh 24 November 2023 baru-baru ini, Honda NT1100 2024 telah ditawarkan di pasaran Jepun dengan satu pilihan warna terbaharu Candy Chromosphere Red.
Satu lagi pilihan warna terdahulu yang turut ditawarkan ialah Matte Iridium Gray Metallic. Harga jualan untuk model tersebut ialah sebanyak 1,694,000 Yen, bersamaan RM 53,918.62. Untuk pasaran Jepun, Honda menetapkan sasaran jualannya sebanyak 300 unit setahun.
Honda NT1100 2024 dilengkapi enjin dalam sesaran 1,082cc (water-cooled, 4-stroke, OHC (Unicam), 4-valve, inline 2-cylinder) dengan padanan sistem transmisi DCT enam kelajuan.
Kuasa maksimumnya mencapai 102PS @ 7,500rpm dengan tork 104Nm @ 6,250rpm. Tangki bahan apinya mempunyai kapasiti 20 liter, dan berat motosikal touring itu ialah 248 kg.