Pada bulan November 2023 yang lepas, Honda Motor Europe secara rasminya mengumumkan kepulangan kembali model Honda CBR600RR 2024 ke pasaran Eropah.
Untuk pasaran Eropah, model sports bike berprestasi tinggi itu diperkenalkan dengan dua pilihan warna menarik iaitu Grand Prix Red HRC TriColour dan Matt Ballistic Black Metallic.
Di bahagian enjin yang kini patuh piawaian emisi terkini, Honda CBR600RR 2024 dilengkapi enjin empat silinder bersesaran 599cc (liquid cooled, 16-valve, DOHC, inline-4).
Kuasa maksimumnya 119hp @ 14,250rpm dengan tork 63Nm @ 11,500rpm. Dengan berat hanya 193 kg, Honda CBR600RR 2024 ini sedia beraksi di jalanan dan juga litar.