Sebuah model kapcai adventure terbaharu kini diperkenalkan di pasaran Thailand, dengan nama Yamaha PG-1 2024. Harganya ialah sebanyak 64,900 THB, bersamaan RM 8,651.48.
Yamaha PG-1 tampil dengan gaya rekaan rugged dan sporty, dan didatangkan dengan empat pilihan warna menarik iaitu Chill Blue, Humming Brown, Vivid Yellow, dan juga Cool Black.
Enjinnya bersesaran 114cc (4-stroke, single cylinder, SOHC, 2-valve, air-cooled), dipadankan dengan sistem transmisi empat kelajuan. Tinggi tempat duduknya 795 mm. Tangki bahan apinya pula mempunyai kapasiti maksimum 5.1 liter.
Setakat ini belum dapat dipastikan sama ada Yamaha PG-1 2024 ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia atau pun tidak, kerana harganya yang boleh dikatakan agak tinggi.
Namun untuk anda yang meminati model kapcai seperti ini, mungkin boleh mempertimbangkan model yang hampir sama di pasaran Malaysia iaitu Aveta Ranger Max Explorer 2024.