Laman sesawang AFAZ – The New Malaysian Motorcycle Brand kini boleh dilayari

AFAZ merupakan sebuah jenama syarikat pengeluar motosikal bertaraf nasional kedua selepas Modenas, yang diperkenalkan pada bulan September 2023 yang lepas.

Terkini, laman sesawang rasmi AFAZ telah tersedia dan boleh dilayari, yang beralamat di URL https://www.afaz.com.my/. Setakat ini laman sesawang tersebut hanya menyiarkan sebuah video YouTube, yang memberikan penerangan mengenai logo AFAZ.

Menerusi maklumat daripada video tersebut, logo jenama AFAZ direka dengan mengambil inspirasi daripada Harimau Malaya (Malayan Tiger), huruf A, dan juga Wau Kucing.

Setakat ini para peminat motosikal di Malaysia masih menantikan pelancaran pertama motosikal keluaran AFAZ, yang mungkin akan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2024 atau 2025.

Diharapkan AFAZ akan mengeluarkan model-model motosikal dengan reka bentuk yang menarik dan prestasi yang memuaskan, agar ianya mampu memberikan saingan kepada jenama-jenama terkenal lain.