Triumph Motorcycles Malaysia kini mengumumkan harga rasmi untuk dua model terbaharunya iaitu Triumph Speed 400 2024 dan Triumph Scrambler 400 X 2024.
Bagi model Triumph Speed 400 2024, harga asasnya ialah RM 26,900.00. Sementara itu untuk Triumph Scrambler 400 X 2024, ianya mempunyai harga asas RM 29,900.00.
Kedua-dua model tersebut masing-masing ditawarkan dengan tiga pilihan warna yang menarik, dan bakal berada di pasaran secara rasmi bermula bulan Januari 2024.
Speed 400 dan Scrambler 400 X dilengkapi enjin yang sama, iaitu bersesaran 398.15cc (liquid-cooled, 4 valve, DOHC, single-cylinder) dengan transmisi enam kelajuan.
Enjin itu menghasilkan 39.5bhp @ 8,000rpm dengan tork 37.5Nm @ 6,500rpm. Berat penuh Speed 400 dan Scrambler 400 X masing-masing ialah 170 kg dan 179 kg.
Galeri : Triumph Speed 400 2024
Galeri : Triumph Scrambler 400 X 2024