Honda CB500 Hornet 2024 diperkenalkan di pasaran Eropah

Honda Motor Europe baru-baru ini rasmi memperkenalkan sebuah model naked terbaharu di pasaran Eropah, dan ianya dikenali sebagai Honda CB500 Hornet 2024.

Honda CB500 Hornet 2024 sebenarnya menjadi pengganti kepada model terdahulu iaitu Honda CB500F, dan ianya kini berada di posisi sebelum model Honda CB750 Hornet.

Selain nama baharu, CB500 Hornet juga kini tampil dengan gaya rekaan baharu yang lebih sporty dan segar. Enjinnya pula kekal 471cc (liquid-cooled, 4 stroke, DOHC, parallel twin).

Enjin tersebut adalah sama dengan enjin pada model Honda CBR500R 2024, yang menawarkan kuasa maksimum 47hp @ 8,600rpm dengan tork puncak 43Nm @ 6,500rpm.

Tiga pilihan warna menarik tersedia untuk Honda CB500 Hornet 2024, yang diberi nama Pearl Himalayas White, Grand Prix Red, dan juga Matt Gunpowder Black Metallic.

Beratnya ialah 188 kg (kerb weight). Di pasaran Malaysia, Honda CB500F sebelum ini pernah ditawarkan, dan mungkin CB500 Hornet ini akan menjadi penggantinya.