Model naked terbaharu KTM 990 Duke 2024 baru-baru ini rasmi diperkenalkan, dan model tersebut tampil dengan rekaan lampu depan yang radikal dan cukup luar biasa.
Dua pilihan warnanya ialah Black dan Electric Orange, dan warna oren itu dibangunkan khusus untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-30 buat model Duke pada tahun 2024.
KTM 990 Duke 2024 dilengkapi enjin LC8c bersesaran 947cc (2-cylinder, 4-stroke, parallel twin), dengan keluaran 123hp dan 103Nm. Berat kering motosikal itu hanyalah 179 kg.
Untuk pasaran Malaysia, setakat ini belum ada sebarang berita mengenai tarikh pelancarannya. Sementara itu, saksikan dahulu gambar-gambar menariknya dalam galeri di bawah.