Kawasaki Z7 Hybrid 2024 dilengkapi enjin ICE dan teknologi EV

Selepas memperkenalkan model sports bike Kawasaki Ninja 7 Hybrid 2024, Kawasaki baru-baru ini memperkenalkan pula model naked Kawasaki Z7 Hybrid 2024.

Sama seperti model Ninja 7 Hybrid, Z7 Hybrid juga dilengkapi enjin petrol atau enjin ICE (Internal Combustion Engine), dengan gandingan teknologi EV (Electric Vehicle).

Enjinnya bersesaran 451cc (water-cooled, four-stroke, twin cylinder) dengan kuasa maksimum 58.3hp, manakala motor elektrik menawarkan kuasa maksimum 12hp (9 kW).

Sebagai motosikal hibrid, Kawasaki Z7 Hybrid 2024 ini boleh ditunggang sama ada dengan enjin petrol sahaja, atau dengan menggunakan tenaga elektrik sepenuhnya.

Menurut Kawasaki, jarak perjalanan dengan tenaga elektrik sepenuhnya hanya menjangkau sekitar 12 km sahaja, dan selepas itu baterinya akan dicas semula.

Dari segi penampilan, Z7 Hybrid ini mempunyai gaya rekaan yang sporty, moden dan segar, dan model naked tersebut boleh didapati dengan dua pilihan warna menarik.

Diharapkan kedua-dua model hibrid Kawasaki Ninja 7 Hybrid 2024 dan Kawasaki Z7 Hybrid 2024 yang mesra alam ini akan turut dilancarkan di pasaran Malaysia nanti.