Selain daripada model konsep CFMOTO 125NK, sebuah lagi model konsep menarik yang dipamerkan di EICMA 2023 baru-baru ini ialah CFMOTO MT-X Concept.
Model konsep dalam segmen adventure itu tampil begitu sporty dan moden, manakala enjinnya yang masih lagi misteri dikatakan mungkin mempunyai sesaran 800cc.
Setakat ini tarikh pelancaran bagi versi produksi untuk model CFMOTO MT-X Concept ini belum lagi diumumkan, namun ianya dijangka akan muncul pada tahun hadapan.
Pasaran Malaysia pula dijangka akan turut menerima kehadiran model adventure ini nanti, dan diharapkan harga jualan asasnya akan kekal berpatutan dan mampu milik.