Khusus untuk peminat model naked di dalam segmen 125cc, CFMOTO baru-baru ini dengan rasminya memperkenalkan CFMOTO 125NK Concept di EICMA 2023.
Dari segi rekaan dan penampilannya, model konsep CFMOTO 125NK ini ternyata tampil sporty dan agresif, bagaikan sebuah model dengan kapasiti enjin yang lebih besar.
Setakat ini maklumat mengenai tarikh pelancaran rasminya belum diumumkan. Mungkin pada tahun depan, dan pasaran Eropah sudah pasti akan turut menerima pelancarannya.
Selain itu, CFMOTO 125NK Concept ini juga dipercayai akan ditawarkan dalam versi 250cc dan 300cc. Diharapkan versi 250cc akan ditawarkan di pasaran Malaysia nanti.